Wednesday 9 March 2011

'EMAS adalah DUIT'

Bila bercakap tentang pelaburan emas, pelbagai persepsi yang akan timbul..
Ada yang kata tak menguntungkan sangat jika nak di bandingkan dengan jumlah pelaburan yang perlu di keluarkan..ada yang mengatakan terlalu mahal dan tidak mampu untuk melabur atau membeli emas..dan tak kurang juga ada yang mengatakan ianya berisiko tinggi..

Sebenarnya pelaburan emas ini sangat mudah dan jika dipandang dari segi aspek yang lain, duit yang telah dikeluarkan untuk membeli emas sebenarnya tidak hilang kemana..duit itu sebenarnya masih ada bersama dengan kita..yang bezanya, sebelum membeli emas duit itu didalam bentuk kertas tapi selepas membeli emas, duit itu didalam bentuk 'EMAS'.. malah, duit itu sebenarnya lebih selamat kerana kita telah menukarkan nilai ringgit itu tadi kepada nilai emas yang sememangnya tiada inflasi dan ianya telah dibuktikan sehingga ke hari ini..

Kenapa saya cakap macam tu??

Cuba teliti dan fahamkan apa yang saya cuba terangkan ini..

1 - Emas yang telah kita beli menggunakan duit simpanan atau mana-mana sumber sebenarnya masih boleh dijadikan asset untuk kita gunakan semasa kita sesak atau emergency.. Ini tak bermakna duit kita dah habis beli emas dan kemudian tiada lagi duit untuk kita guna atau simpan ketika memerlukan.. Emas, terutamanya dari PUBLIC GOLD sebenarnya sangat laku jika kita nak simpan atau pajak (Ar Rahnu) di AGRO BANK sebagai pusingan modal atau kegunaan semasa sesak.. Pihak bank akan memberi kita wang sebagai pusingan modal atau kegunaan ketika memerlukan bergantung pada nilai emas semasa.. Kebiasaannya mereka akan memberi pinjaman antara 65% - 70% dari nilai semasa.. dan anda jangan takut, pihak bank memberi masa sehingga 6 bulan untuk anda menebus semula emas anda dengan hanya perlu membayar upah simpanan emas di bank dengan sebayak RM1 sebulan untuk setiap RM100 yang diberikan kepada anda..mudah kan?
Dan pada ketika anda menebus semula asset anda tadi, secara sedar atau tidak sebenarnya nilai asset anda tadi berkemungkinan tinggi sudah pun menjadi lebih mahal,mengikut harga pasaran emas semasa. Jadi, siapa yang cakap simpan emas adalah rugi?? Lepas pajak, then tebus...tup..tup..harga lagi naik..lain kali nak pajak lagi,makin tinggi nilainya yang akan anda dapat dari pinjaman atau nilai pajak. Kalau pakai 'CASH' boleh ke dapat macam tu?? Kalau pakai cash, nilai nya makin jatuh ada la...disebabkan oleh inflasi..
Kenapa saya cakap Ringgit mengalami inflasi dan Emas tiada inflasi..
Disini ada 2 contoh:

a) Berapakah jumlah wang yang diperlukan untuk menunaikan haji? Semakin lama semakin mahal kan? Kalau tak silap saya nilainya sekarang lebih kurang RM10K keatas...
Sebenarnya kos untuk menunaikan haji dari dulu masih sama..iaitu lebih kurang 18 Dinar..
Nilai 1 Dinar sekarang lebih kurang RM650.. cuba anda kira berapa jumlah ringgit yang anda dapat dari 18 Dinar tadi?

b) Di zaman Rasullullah kita dulu, harga seekor kambing lebih kurang 1 Dinar...(murah kan?)..
Cuba kita kira balik 1 Dinar sekarang boleh tak kita beli seekor kambing? Ya, itu lah sebenarnya nilai seekor kambing sekarang...lebih kurang 1 Dinar.

Jadi, adakah emas mengalami inflasi?

2 - Ada yang bertanya kan kepada saya, "Kalau buat pelaburan emas ni, tak ke rugi? Sebab lepas beli emas...then lepas satu ketika kita jual..memang ada untung. Tapi kalau nak beli balik kan dah jadi mahal..dah tak dapat harga lama lagi dah??"
Memang betul apa yang dia cakap..tapi semua ini terpulang kepada kita..cara mana sebenarnya kita nak melibatkan diri dalam pelaburan emas ini. Jika anda mahu jadi seperti saudagar emas...beli,jual,beli..then jual lagi...itu sebenarnya kes nya lain. Kalau anda fikir nak jadi macam tu, sebenarnya anda memerlukan modal yang besar sebab anda perlu membeli emas atau stok untuk disimpan dengan banyak ketika harga sedang murah...dan akan menjual nya semula ketika harga naik..
Tapi sekiranya anda berfikir hanya ingin melibatkan diri dalam pelaburan emas ini sebagai penyimpan dan sebagai pelindung harta anda, jadi buat lah seperti yang saya jelas kan pada awal tadi...beli,simpan,pajak (jika perlu),tebus dan simpan semula..

3 - Nilai emas pada tahun 2010 sahaja telah mengalami kenaikan sebanyak lebih 25%..
Cuba anda bayangkan sekiranya anda ada menyimpan emas dari awal tahun 2010, berapa nilai emas anda sekarang? Ada tak mana-mana skim pelaburan yang boleh memberi anda 25% keuntungan dalam masa 1 tahun? Kita semua biasa dengar saham Bank Rakyat..dan ramai yang terkejar-kejar untuk membeli saham itu...sebab pulangan nya adalah sekitar 15% setahun..malangnya kuota nya dah penuh..kan? Tetapi, adakah anda sedar sebenarnya emas lebih banyak memberi keuntungan dari 15% yang anda terkejar-kejar tadi? cuba study history harga emas di link ini..

http://www.goldprice.org/gold-price-history.html

Jika anda teliti graf harga emas ini, 5 tahun dahulu harga emas adalah USD548 per ounce troy..
dan harga untuk tahun ini lebih kurang USD 1437 per ounce troy.. WOW!!!! rugi nye tak beli 5 tahun dulu... kenaikan hingga lebih 150%..itu lah ayat yang sering kita dengar bila kita sembang-sembang emas..

Sebenarnya tujuan saya menulis blog ini bukan semata-mata ingin mempromosikan emas public gold dan meminta anda semua membeli emas dengan saya tetapi tujuan utama saya adalah untuk educate kita semua supaya sedar dan membuka minat untuk menyimpan emas..dan disamping itu saya ingin berkongsi ilmu dan juga pendapat dengan anda semua.

Bagi yang ingin berkongsi dan bertanyakan cara jual beli emas, boleh lah menghubungi di talian yang tertera di profile saya.

Dan bagi yang mempunyai kemudahan dari syarikat tempat anda bekerja bagi membuat pinjaman dengan Bank Rakyat, saya boleh berkongsi cara dengan anda bagaimana anda boleh gunakan kemudahan itu untuk membeli dan menyimpan emas... Ingat!!! Pinjaman yang positif adalah pinjaman yang boleh memberi kita kesenangan dan faedah...bukan nya bebanan selepas membuat pinjaman..InsyaALLAH.