Sunday 10 April 2011

Investment/Pelaburan

Investment itu adalah planning atau perancangan..
Investment bukan lah sejenis produk atau bahan seperti yang kita fikirkan..samada Emas, Perak, Real Estate, Bond, Mutual Fund atau lain-lain..itu adalah produk untuk execute atau menguruskan investment kita.
So, tanya diri kita...apakah perancangan yang telah kita buat untuk family kita untuk masa hadapan? Boleh kah kita memberi alasan kepada anak-anak kita apabila mereka sudah besar dan ketika mereka ingin melanjutkan pelajaran mereka.."Ayah/Mak takde buat la simpanan untuk kamu masa kamu kecik dulu...kita pinjam duit MARA atau PTPTN jelah untuk sambung belajar...nanti kerja boleh bayar balik..." ini adalah typical mentallity yang ada pada masyarakat kita sekarang..Tapi bolehkah cara ini atau adat ini diteruskan 10 - 20 tahun akan datang? Berapakah agaknya kos pembelajaran pada masa itu...? berapakah jumlah inflasi waktu itu..? yang paling penting, wujud lagi tak pinjaman pelajaran pada masa itu? Kita mungkin tak sedar bahawa sekarang ini kuasa membeli (power of purchase) sudah semakin menurun kerana disebabkan oleh inflasi..dan juga kejatuhan mata wang dunia..tak mustahil kerajaan kita juga akan hilang daya kemampuan untuk menanggung kos pembelajaran anak-anak kita satu hari nanti..sanggupkah kita melihat generasi kita semakin lama semakin tidak cukup ilmu pengetahuan dan pelajaran hanya disebabkan oleh kesilapan atau sikap terlepas pandang kita?
Jika anda fikir duit simpanan anda adalah selamat didalam akaun simpanan atau ASB dan boleh menampung perbelanjaan masa depan, anda silap. Berapa kah pulangan yang anda dapat dari simpanan CASH anda itu berbanding dengan jumlah peratusan inflasi yang sentiasa terjadi pada dunia? Adakah ianya berbaloi? Kita seharusnya mencari atau membuat Planning/Investment dengan lebih teratur dengan mengambil kira inflasi dan juga pulangan yang akan kita dapat dari investment kita tadi.. sebagai contoh yang mudah, sekiranya peratusan inflasi yang kita alami itu adalah 3% setahun, dan jumlah pulangan simpanan CASH kita tadi mendapat 9% setahun...adakah ianya berbaloi untuk disimpan dan dibelanjakan di masa hadapan? Tepuk dada tanya selera...Sekarang cuba tanya diri kita sendiri, dulu RM0.50 boleh tak kita beli nasi lemak dan minuman di sekolah? Hmmm...sekarang boleh dapat apa dengan RM0.50? Semua ini akan terjawab sekiranya financial IQ kita tinggi dan berpengetahuan...
Sebut pasal Financial IQ, ianya sebenarnya mempunyai 5 perkara yang sangat penting untuk kita belajar dan mendalami ilmu Financial IQ ni...

1) Making more money (Cari duit banyak2)
2) Protecting your money (Lindungi duit anda)
3) Budgeting your money (Rancang duit anda)
4) Leveraging your money (Tingkatkan duit anda)
5) Improving your financial information (Tingkatkan ilmu pengetahuan kewangan)

Jadi,dari 5 perkara diatas ada termasuk soal investment juga..setiap yang diatas perlu diperinci dan difahami sedalam-dalamnya..baru lah kita dapat tingkat kan Financial IQ kita..saya sendiri masih lagi belajar dan cuba lakukan apa yang termampu untuk educate diri sendiri,family dan sahabat-sahabat..harap kita semua dapat kongsi dan sebar-sebarkan ilmu yang kita pelajari..
Sambil itu...mari lah kita sama-sama memilih jalan atau jenis produk untuk investment kita dengan betul...Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment