Tuesday 5 April 2011

Pelaburan Silver/Perak

Macam dalam post saya yang lepas..tujuan saya sebenarnya nak share dengan anda dan kengkawan semua.
Blog saya ni bukan untuk menjual semata-mata..tapi saya lebih suka kalau anda semua anggap blog saya ni sebagai blog untuk kita share info dan knowledge sambil-sambil kita membeli/menjual Emas dan Perak Public Gold ni. Bak kata tajuk blog ni lah.. Intai - intai emas..... hehe.
Saya sebenarnya nak berterus terang dengan anda semua mengenai pelaburan Perak/Silver ni.. Saya sendiri sebenarnya selepas menjadi dealer PG dan membeli Emas untuk simpanan sendiri, baru saya tersedar tentang Silver ni...rupa-rupa nya saya sudah terlepas pandang kebaikan dan kelebihan pelaburan Silver.
Semua orang tahu yang harga emas naik lebih kurang 25% tahun lepas..tapi saya nak tanya anda semua, berapa orang yang tahu atau study history harga Silver ni sepanjang tahun lepas, 2 tahun lepas, 5 tahun lepas atau selebihnya? Sebelum saya nak bercerita lebih panjang tentang pelaburan Silver ni.. lebih baik anda check website ni dulu dan cuba perhatikan berapakah peratusan kenaikan harga Silver untuk 1 tahun, 2 tahun dan selanjutnya...

http://silverprice.org/silver-price-history.html

Macam mana?? anda terkejut? sama lah macam saya bila pertama kali tengok sejarah kenaikan harga Silver ni. Tak dinafikan kenapa agama kita menyuruh dan menggalakkan kita sebagai umat Islam untuk menyimpan atau menggunakan Emas dan Perak. Mungkin ini lah sebab nya...tiada mata wang mana-mana negara yang boleh memberi jaminan seperti Emas dan Perak.
Saya suka berkongsi dengan anda bila bercakap tentang pelaburan atau INVESTMENT. Kenapa kita perlu ada investment?
Pada saya untuk kita betul-betul buka minda dan hati untuk membuat investment adalah datang nya dari pengetahuan dan kesedaran kita dari segi Financial dan masa depan.
Saya ingin berkongsi dengan anda tentang seorang yang bernama Robert Kiyosaki. Anda kenal dengan nama ini? atau anda pernah terdengar nama ini? Kalau nak tahu lebih lanjut, anda boleh cari video-video di youtube atau google cari nama ROBERT KIYOSAKI.
Sebenarnya Robert ni orang nya sama je macam kita semua..cuma yang membezakan kita dengan dia adalah kesedaran dan pemahaman tentang perniagaan dan juga pelaburan. Jika anda membaca buku-buku Robert beliau banyak menekan kan tentang FINANCIAL LITERATURE... apa benda ni?
Saya nak cerita panjang pun susah juga..tapi anda baca lah sendiri tentang Robert ni dan juga teori-teori dan tips-tips untuk kita berjaya didalam bidang perniagaan dan pelaburan..salah satu benda yang saya nak kongsi maklumat dengan anda semua ialah, si Robert ni mula membeli dan menyimpan Silver dari tahun 1985..masa tu harganya kalau ikut info yang dia cakap harganya lebih kurang USD2 per once troy (31.1gm). Sekarang ni dah nak mencecah USD40 per once troy..bayangkan berapa banyak yang si Robert ni untung dan boleh tak anda bayangkan berapa banyak jumlah simpanan yang dia ada? Saya ada terbaca satu artikel tentang dia, Robert selalu sebut tentang ASSET dan LIABILITY... dua benda ni katanya orang selalu salah ertikan. Ramai antara kita menganggap membeli rumah atau kereta adalah sebagai menyimpan asset. Tetapi cuba fahamkan apa maksud asset itu sendiri sebenarnya. Robert jelas kan disini ASSET adalah sesuatu yang kita beli tetapi ianya memberi pulangan wang masuk kedalam poket kita..bukannya keluar. Maksudnya, kalau kita beli rumah untuk kita sendiri tinggal dirumah itu, dan kita membuat pinjaman dari bank untuk pembiayaan rumah tadi..maka ia bukan lah ASSET itu ialah LIABILITY. Sebab kita kena menanggung hutang bank untuk membayar rumah tadi. Tapi kalau kita membeli rumah dengan membuat pinjaman kemudian rumah tadi disewakan kepada orang lain dan duit sewa itu kita buat bayar balik ke bank...itu baru dinamakan ASSET. Apa yang menarik tentang si Robert adalah, saya sangat terkejut apabila dia katakan bahawa rumah-rumah, apartment-apartment dan segala asset hartanah yang dia ada bukan hasil pembelian dari WANG atau duit poket atau simpanan.. semuanya hasil dari pelaburan-pelaburan yang dia ada seperti Emas dan Perak. So impressive!! Bagaimana beliau lakukan ini? Saya sebenarnya pun sedang belajar dan membaca buku-buku dari Robert untuk belajar benda ni.. antara nya yang bertajuk POOR DAD RICH DAD..kalau nak, sama-sama lah kita belajar dan pertingkatkan ilmu kita didalam Financial dan Investment. InsyaALLAH, mungkin apa yang baik kita boleh jadikan rujukan dan tauladan...
Saya sendiri sekarang ni dah terlibat secara langsung didalam pelaburan Emas dan Silver dan juga dah menjadi dealer PG, saya nak ambil kesempatan ini untuk share info dan knowledge dengan anda semua sambil-sambil anda nak lock harga dengan saya...hehe. InsyaALLAH kalau ada rezeki...tapi tulah... memang pelaburan ini sangat penting dan menguntungkan kalau kita pandai dan faham selok belok nya... ianya mungkin boleh jadi sleeping money untuk anda..(duit yg bekerja untuk anda ketika anda sedang tidur)... Amin...

0 comments:

Post a Comment